BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 8, 2010

Kayuhan Bersama Rakyat 1313

Kempen berbasikal bersama rakyat disertai lebih kurang 500 peserta yang datang dari seluruh pelosok Perak. Kempen ini diadakan di Veledrom Rakyat pada 26 September 2010. Kempen ini dirasmikan oleh Exco Belia dan Sukan Negeri Perak.
Kempen ini dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Perak. Tahniah diucapkan... anjur la lagi.

Ini yang respect, basikal klasik pun turut serta pada kayuhan ini. Tak kira jenis basikal pun.


Ibu dan anak pun berkayuh sekali dalam kayuhan ini.


Bakal cyclist pada masa hadapan bersama bapanya mengayuh sejauh 20 kilometer mengelilingi bandar Ipoh. Dia kayuh sampai habis... respect betoi.

Tempat pertama kayuhan pada pagi nie, dimenangi oleh Fatkhy. Tetapi malangnya, kemenangan tersebut dibatalkan atas sebab kayuhan ini bukan perlumbaan. Kayuhan ini, adalah untuk memupuk perpaduan dikalangan masyarakat Malaysia tak kira usia, bangsa dan agama.
Khairil dan Black dilantik sebagai Duta Lawin, mewakili rakyat Lawin menyokong kempen perpaduan pada pagi ini. Diharap pada masa akan datang kayuhan ini boleh dianjurkan di Lawin.

Black sedang masyuk nasi ganja setelah pulun mengayuh mengelilingi separuh bandar Ipoh. Beliau dikatakan cuba mengembalikan tahap kecerdasan ke tahap maksima. Black dipercayai pengsan ketika dalam perjalanan pulang ke Gerik di dalam kereta.

Kemuncak pengayuhan pada pagi nie, adalah nasi ganja. Walaubagaimanapun, sekiranya anda merupakan atlet berbasikal, anda tidak digalakan makan nasi ganja kerana anda akan melalui test doping iaitu ujian tahap kandungan rempah dalam darah. Khairil sedang membuat demontsrasi keberkesanan nasi ganja ini dalam mempengaruhi tahap kayuhan.






Thursday, October 7, 2010

KAYUHAN MERDEKA 2010



Punya la penat dok kira kilometer je untuk naik ke puncak Gunung Jerai, dari 10 km ke 9 km nie punya lah seksa. Ambil gambar pun dah tak cantik tangan dah mengeletar, semua mode dah pakai, tapi x boleh jugak ( gambar atas)


Bagi group Gerik, mengambil gambar Black adalah satu kewajipan. Ini kerana sejak kebelakangan ini, si Black menghadapi masalah P.J.K ( penyakit jiwa kasau ). Sintom-sintom yang dapat dikenal pasti ialah kuat merajuk sekiranya gambar beliau tidak diambil. Jadi harap rider-rider lain memahami keadaan beliau. (Gambar Bawah)







Perkara yang paling enak apabila take 5 ialah mencangkuk tepi longkang. Pihak kami dimaklumkan perbuatan tersebut dapat membantu menghilangkan kebas punggung terutama kepada rider yang pakai seluar x pakai pad.




Alhamdulillah, orang Gerik, kami berjaya sampai ke puncak Gunung Jerai dengan menaiki basikal. Segala dedikasi sepanjang perjalanan tadi, berbuahkan hasil nampaknya. Bila ambil gambar tangan pun dah bergetar dah, itulah penangan Gunung Jerai ni.




Setengah mampuih aku ( Fatkhy ) mendaki Gunung Jerai ni. Teringat la baby kat umah dok tidoq dengan mama dia kat rumah. Si Black boleh gelak-gelak lagi. Alien kot dia ni....






Friday, October 1, 2010

Jamboree Basikal Lasak UPSI


Tarikh Jambori 17 Oktober 2010
Tarikh Tutup Penyertaan 5 Oktober 2010
Yuran Penyertaan RM30.00
Masa : 8.00 pagi
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Mohd Effendi di talian ext 6545 atau 012-2391395
Izani 012-6370885
Fisol 013-3045457
Badrul @ Abad 019-6679011

Wednesday, July 21, 2010

Track Pak Lang Bahrom

Track PaK Lang Bahrom ini dinamakan sedemikian kerna untuk masuk track ini kami terpaksa mencilok balakang rumah Pak Lang Bahrom iaitu Tok Siak Masjid Kg. Lewin



Mula2 kene lintas titi usang

Pastu ngayuh naik bukit



Bila sampai di puncak rase mcm mau cramp perut

Top Of the Lewin

Penat jugok weehhh

Isyarat bagus menunjukkan Man masih ok lg


Ju sedang pandu uji body baru aweknya


Jauh lg ka weihhh..?



Memandangkan masa banyak lg, kitaorg sambung dgn track tangki air plak


Relax jap sebab mesin bajak sangkut ngan selut



Awas! Pagar Elektrik..

Exit di Loji Penapis Air





Wednesday, July 14, 2010

Air Malau 13 Julai 2010

Track:
lawin-lawin selatan- air malau-lawin

Duration:
45 minit je

Distance:
8 km

Guide:
Meon & Den




Salah jalan kene ngusung beskal cari jalan yg lurus





Seterusnya bateri kamera KO..
So, ni je gambor yg dpt teman rakamkan..






Monday, July 12, 2010

Kayuhan memanas enjin selepas hujan lebat 12 Julai 2010

Track:
lawin-air pari- air bagah-lawin

Duration:
45 minit je

Distance:
8 km

Guide:
Mr. Black