BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 7, 2010

KAYUHAN MERDEKA 2010



Punya la penat dok kira kilometer je untuk naik ke puncak Gunung Jerai, dari 10 km ke 9 km nie punya lah seksa. Ambil gambar pun dah tak cantik tangan dah mengeletar, semua mode dah pakai, tapi x boleh jugak ( gambar atas)


Bagi group Gerik, mengambil gambar Black adalah satu kewajipan. Ini kerana sejak kebelakangan ini, si Black menghadapi masalah P.J.K ( penyakit jiwa kasau ). Sintom-sintom yang dapat dikenal pasti ialah kuat merajuk sekiranya gambar beliau tidak diambil. Jadi harap rider-rider lain memahami keadaan beliau. (Gambar Bawah)







Perkara yang paling enak apabila take 5 ialah mencangkuk tepi longkang. Pihak kami dimaklumkan perbuatan tersebut dapat membantu menghilangkan kebas punggung terutama kepada rider yang pakai seluar x pakai pad.




Alhamdulillah, orang Gerik, kami berjaya sampai ke puncak Gunung Jerai dengan menaiki basikal. Segala dedikasi sepanjang perjalanan tadi, berbuahkan hasil nampaknya. Bila ambil gambar tangan pun dah bergetar dah, itulah penangan Gunung Jerai ni.




Setengah mampuih aku ( Fatkhy ) mendaki Gunung Jerai ni. Teringat la baby kat umah dok tidoq dengan mama dia kat rumah. Si Black boleh gelak-gelak lagi. Alien kot dia ni....






0 comments: