Kempen berbasikal bersama rakyat disertai lebih kurang 500 peserta yang datang dari seluruh pelosok Perak. Kempen ini diadakan di Veledrom Rakyat pada 26 September 2010. Kempen ini dirasmikan oleh Exco Belia dan Sukan Negeri Perak.
Kempen ini dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Perak. Tahniah diucapkan... anjur la lagi.
Ini yang respect, basikal klasik pun turut serta pada kayuhan ini. Tak kira jenis basikal pun.
Ibu dan anak pun berkayuh sekali dalam kayuhan ini.
Bakal cyclist pada masa hadapan bersama bapanya mengayuh sejauh 20 kilometer mengelilingi bandar Ipoh. Dia kayuh sampai habis... respect betoi.
Ibu dan anak pun berkayuh sekali dalam kayuhan ini.
Bakal cyclist pada masa hadapan bersama bapanya mengayuh sejauh 20 kilometer mengelilingi bandar Ipoh. Dia kayuh sampai habis... respect betoi.
Tempat pertama kayuhan pada pagi nie, dimenangi oleh Fatkhy. Tetapi malangnya, kemenangan tersebut dibatalkan atas sebab kayuhan ini bukan perlumbaan. Kayuhan ini, adalah untuk memupuk perpaduan dikalangan masyarakat Malaysia tak kira usia, bangsa dan agama.
Khairil dan Black dilantik sebagai Duta Lawin, mewakili rakyat Lawin menyokong kempen perpaduan pada pagi ini. Diharap pada masa akan datang kayuhan ini boleh dianjurkan di Lawin.
Black sedang masyuk nasi ganja setelah pulun mengayuh mengelilingi separuh bandar Ipoh. Beliau dikatakan cuba mengembalikan tahap kecerdasan ke tahap maksima. Black dipercayai pengsan ketika dalam perjalanan pulang ke Gerik di dalam kereta.
Kemuncak pengayuhan pada pagi nie, adalah nasi ganja. Walaubagaimanapun, sekiranya anda merupakan atlet berbasikal, anda tidak digalakan makan nasi ganja kerana anda akan melalui test doping iaitu ujian tahap kandungan rempah dalam darah. Khairil sedang membuat demontsrasi keberkesanan nasi ganja ini dalam mempengaruhi tahap kayuhan.
0 comments:
Post a Comment